ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi akhirnya blog ini dapat juga disiapkan dengan sempurna. Blog ini diwujudkan untuk penjualan pelbagai minyak pengasih dan beberapa minyak warisan turun temurun sejak azali lagi. Mungkin sebelum ini ramai tidak mengetahui akan kewujudan penjualan minyak pengasih ini kerana penjualan secara kecil - kecilan dan hanya diketahui oleh beberapa orang yang tertentu sahaja. Atas sokongan dan permintaan orang saya melakukan penjualan minyak pengasih ini secara meluas pula. Minyak pengasih ini diasaskn oleh moyang saya sendiri yang bernama Nyai Basariah. Sebelum dia meninggal dunia dia telah pun mewariskan seluruh kebolehan kepada anak dan cucu nya untuk meneruskan kebolehan yang dimilikinya. Anda semua tidak perlu khuatir atau risau kerana pembuatan minyak pengasih ini menggunakan ayat-ayat suci al-quran dan zikir khusus yang diasmakan ke dalam minyak ini. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah semulajadi dan boleh dibawa solat kerana tanpa alkohol dan bahan terlarang. Mungkin ada antara kalian yang mengatakan ianya syirik dan khurafat kerana percaya akan kehebatan minyak pengasih ini. Sebenarnya di dalam islam sendiri ada mengatakan bahawa perlunya usaha dan tawakal dalam sesuatu perkara asalkan ianya ke arah kebaikan dan tidak bertentangan dengan ajaran islam. Sebagai contoh, kita makan ubat untuk sembuh. Jadi adakah kita percaya akan ubat tu boleh sembuhkan penyakit???Pengertian yang sebenar tawakal menurut A.Z Abidin dalam bukunya Sunnah Allah dan Ikhtiar Manusia memberi penjelasan sebagai berikut: "…mengusahakan sesuatu dengan mempergunakan sebab-sebab yang lazim (sunnah Allah) serta mengharap pertolongan Allah SWT. Sebagai contoh, seorang yang sedang sakit, kalau ia mahu sembuh pergi berjumpa doktor (seorang ahli) untuk meminta nasihat (pertolongannya) dan menyerah dalam segala usahanya itu kepada Allah. Inilah tawakal."
Untuk lebih jelas lagi mengenai pengertian tawakal, Rasulullah SAW didatangi orang Badawi dan berkata, "Bolehkah saya melepaskan unta saya, lalu saya bertawakal kepada Allah, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Tambatlah unta itu, lalu engkau bertawakal kepada Allah" (Al-Hadis). Daripada penjelasan di atas maka bolehlah kita mengambil satu rumusan bahawa segala bentuk urusan atau pekerjaan yang dihadapi hendaklah berusaha terlebih dulu sebelum bertawakal kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan